Jump to content

2025:Pitabangan Nairobi

From Wikimania
This page is a translated version of the page 2025:Pitabangan Nairobi and the translation is 100% complete.

Dalam semangat memperkasakan bahasa etnik, Komuniti Kumpulan Pengguna Wikimedia Malaysia berbesar hati untuk menguruskan sebuah kegiatan pertukaran kandungan dalam talian bagi Wikimediawan seluruh dunia bersempena Wikimania 2025.

Pitabangan Nairobi ialah sebuah kegiatan 9 اشقه dalam talian bagi mana-mana Wikimediawan untuk mencipta rencana dalam Wikipedia bahasa masing-masing dalam pada menambah maklumat mengenai Nairobi sebagai bandar tuan rumah bagi Wikimania tahun ini.

Pitabangan ialah sebuah perkataan Kadazandusun yang bermaksud "bekerjasama atau bergotong-royong mencapai satu matlamat yang sama". Sertai kami bersama-sama membantu menyebarkan pengetahuan kepada setiap orang di seluruh dunia.

Maklumat

Butiran acara adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 6-14 Ogos 2025
  • Tempoh: Bila-bila masa dalam tempoh acara
  • Tempat: Di mana-mana sahaja di dunia
  • Tema: Nairobi & apa-apa yang berkaitan Kenya

Matlamat

  1. Bekerjasama membantu mengembangkan pengetahuan mengenai Nairobi dan Kenya dalam Wikipedia pelbagai bahasa.
  2. Meraikan kepelbagaian dalam bahasa-bahasa yang tersedia pada projek Wikimedia.
  3. Mengeratkan hubungan antara komuniti Wikimediawan dengan menunjukkan satu sama lain bahawa "Hey! Kami ada, mari berkawan!".

Bagaimana untuk menyertai

Untuk menyertai kegiatan ini, sila tekan pada butan biru untuk maklumat lanjut:

Penganjur