Jump to content

2025:Wikimania

From Wikimania
This page is a translated version of the page 2025:Wikimania and the translation is 100% complete.

6 – 9 Ogos 2025, Nairobi dan maya
Wikimania@20: Keterangkuman . Dampak . Kemampanan

Wikimania ialah persidangan tahunan bagi meraikan semua projek pengetahuan bebas yang dikelola Yayasan WikimediaCommons Wikimedia Commons, MediaWiki MediaWiki, Meta-Wiki Meta-Wiki, Wikibooks Wikibooks, Wikidata Wikidata, Wikinews Wikinews, Wikipedia Wikipedia, Wikiquote Wikiquote, Wikisource Wikisource, Wikispecies Wikispecies, Wikiversity Wikiversity, Wikivoyage Wikivoyage, Wiktionary Wiktionary and Wikifunctions Wikifunctions – dengan empat hari persidangan, perbincangan, pertemuan, latihan, dan bengkel. Ratusan sukarelawan dan peneraju Pengetahuan Bebas dari seluruh dunia berkumpul untuk membincangkan isu, melaporkan projek dan pendekatan baharu, dan pertukaran idea.

Wikimania 2025, edisi ke-20 bagi acara tahunan ini, akan berlaku di bandar Nairobi, Kenya dengan susun atur persidangan secara dalam talian/maya pada 6 hingga 9 Ogos 2025 dan dengan kegiatan prapersidangan pada 5 Ogos. Ia akan dikelola oleh sebuah kerjasama dalam kalangan sukarelawan Wikimedia dan kumpulan pengguna Afrika Timur (EARTHub) dan Yayasan Wikimedia.

Edisi kali ini menandakan pencapaian besar memandangkan ia juga menyambut ulang tahun ke-20 Wikimania.

Laman ini masih dalam pembinaan. Sementara itu, jika anda mencari maklumat perjalanan, anda boleh melayari laman Wikilayar bagi Nairobi, Kenya atau Afrika Timur.

Temui pasukan penganjur. Untuk pertanyaan umum, anda boleh menghantar kepada laman perbincangan kami atau menghantar pesanan e-mel ke wikimania(_AT_)wikimedia.org.