Wikimania:Pernyataan Hasrat
Jawatankuasa Pandu Wikimania mengalu-alukan kumpulan komuniti dan kerjasama serantau untuk menghantar pernyataan hasrat untuk menganjur Wikimania 2027 dan 2028.
Wikimania ialah persidangan antarabangsa tahunan yang menghimpunkan ahli gerakan Wikimedia, memacu kerjasama, penerokaan ilmu serta meraikan pengetahuan bebas. Acara ini dibimbing oleh Jawatankuasa Pandu, di bawah anjuran pasukan sukarelawan penganjur utama dan disokong oleh pasukan Komunikasi Gerakan Yayasan Wikimedia.
Mengapa anjur Wikimania?
Menganjur Wikimania akan memberi peluang istimewa kepada masyarakat anda untuk melibatkan kawasan serantau dan memupuk kerjasama sambil menyumbang kepada gerakan Wikimedia sejagat. Ia merupakan peulang untuk menghimpun orang ramai bersama-sama dalam satu suasana menarik dan penuh kerjasama, serta memberi tumpuan kepada dampak projek Wikimedia sedunia.
Garis masa
- Panggilan Pernyataan Hasrat terbuka dari 2 Disember, 2024 hingga 27 Januari, 2025 pada jam 23.59 mana-mana sahaja di Bumi.
- Semakan awal akan dijalankan dari tutupnya panggilan pernyataan pada Januari 2025 hingga Februari 2025
- Semakan akan diikuti temu bual bersama calon-calon tersenarai pendek pada Mac dan April 2025
- Kami harap dapat mengumumkan tuan rumah Wikimania 2027 pada Mei atau Jun 2025.
Apa yang kami cari
Kami mengalu-alukan kumpulan komuniti dan kerjasama serantau Wikimedia yang bersungguh dan berkebolehan mengurus perihal tanggungjawab pengelolaan dan penganjuran selaku tuan rumah persidangan berskala besar sebegini. Walaupun sebarang perjanjian berkenaan tempat atau pembiayaan tidak diperlukan lagi, terdapat beberapa faktor utama yang akan dipertimbangkan:
Usul
Usulnya hendaklah menekankan faedah menganjur Wikimania di kawasan yang diusulkan, seperti memberdayakan masyarakat setempat dan mewujudkan kerjasama strategik di negara tuan rumah. Usul inovatif "luar kotak" digalakkan, selagi ia memberi nilai alternatif kepada gerakan Wikimedia dengan mempromosikan konsep pengaturcaraan selari dengan matlamat strategik gerakan. Tambahan lagi, usulnya harus menyertakan matlamat dan visi tentang bagaimana persidangan ini boleh memanfaatkan sesebuah projek atau menangani sebuah isu berkaitan pasukan, negara atau rantau yang menjadi tuan rumah.
Faktor yang akan dipertimbangkan:
- Kebolehan untuk menganjur: Pasukan tegar sukarelawan setempat atau serantau yang terlibat dengan gerakan Wikimedia akan bertanggungjawab menganjur persidangan ini. Pasukan ini akan disokong oleh Jawatankuasa Pandu Wikimania, Yayasan Wikimedia dan penganjur acara profesional.
- Kesesuaian tempat: Pernyataan hasrat menganjur tidak memerlukan bandar atau tempat spesifik untuk dikenal pasti pada tahap ini.
- Keselamatan: Memastikan keselamatan peribadi semua peserta ialah kepentingan tertinggi, dengan keperluan untuk suasana yang menerima identiti, ekspresi, hubungan, kaum, jantina dan keupayaan yang berbagai-bagai. Tambahan lagi, kebebasan bersuara adalah penting; undang-undang tempatan dan dasar kerajaan hendaklah tidak mendedahkan peserta dan membawa risiko kerana hubungan mereka dengan gerakan ini.
- Kitaran global: Kami ingin menyeimbangkan tempat tuan rumah di sekitar rantau berbeza-beza bagi memastikan perwakilan dan penyertaan sejaga.
Perjalanan dan visa
- Tempat yang dicadangkan seeloknya berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa dan tidak memerlukan perjalanan lebih setelah tiba. Sila pertimbangkan pengembara antarabangsa.
- Proses visa yang mudah dan boleh dicapai adalah penting bagi penyertaan antarabangsa.
- Ini termasuklah kurang halangan visa, visa elektronik mudah dicapai, atau kedutaan / agensi yang wujud di banyak bandar global dari mana ramai Wikimediawan akan datang.
- Hubungan dengan jabatan kerajaan berkenaan bagi memudahkan proses visa amatlah dialu-alukan.
Format hibrid dan penyertaan berjarak
- Penyepaduan komponen maya dan semuka yang lancar ialah kepentingan utama bagi Wikimania sebagai persidangan hibrid.
- Pastikan usul anda menyatakan tentang bagaimana para Wikimediawan akan boleh menyertai Wikimania secara maya.
Cara Menyerah Pernyataan Hasrat
Sekiranya kumpulan anda bersedia menggalas tanggungjawab dan cabaran menjadi tuan rumah Wikimania, kami menggalakkan anda untuk menyerahkan pernyataan hasrat. Anda boleh menyarankan beberapa bandar berbeza-beza dalam rantau anda pada tahap ini. Pastikan anda merujuk masyarakat setempat sebelum menyerahnya.
Sila ambil maklum bahawa kami akan memilih tuan rumah bagi tahun-tahun 2027 dan 2028. Sila nyatakan jika anda berminat menjadi tuan rumah mana-mana tahun tertentu, terbuka untuk kedua-dua tahun, atau berminat untuk menerokai idea ini bagi tahun-tahun akan datang.
Senarai pernyataan hasrat yang diserahkan
Submitted by organized collaborative groups
- 2027
- South America or Hispanic Community
- South Asia or Indic Community
- India (city to be determined)
- considering 2028 too
- India (city to be determined)
- 2028
- East, Southeast Asia and the Pacific (ESEAP)
- Kuala Lumpur, Malaysia
- considering 2029 too
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Turkic Languages Community
- East, Southeast Asia and the Pacific (ESEAP)
- 2029
- Open Movement Global Thematic Community
- Bruxelles, Belgium
- proposing a February conference
- Bruxelles, Belgium
- Open Movement Global Thematic Community
Submitted by an individual or single affiliate
- Individual
- 2027
- User group
- 2030
- Brazil (city to be determined)
- Third party organization
- 2027
Jawatankuasa Pandu Wikimania
Jawatankuasa Pandu Wikimania ialah pengelola bagi himpunan sejagat terbesar gerakan Wikimedia. Kami memastikan agar acaranya kekal dipimpin oleh masyarakat dan bertumpu kepada masyarakatnya. Kebanyakan daripada kami ialah penganjur Wikimania lalu atau peserta berpengalaman yang bersemangat tentang apa yang boleh kita semua capai tatkala saling bekerjasama.
Sisi kemasyarakatan gerakan kami
Sebagai gerakan teragih, sejagat dan bersifat sosio-teknologi, sepanjang tahun-tahun yang berlalu kami telah mempelajari tentang kepentingan untuk berkumpul bersama-sama - kerjasama terus mekar, masyarakat tambah kukuh, kilanan kian hilang, dan hubungan abadi ditempa erat. Wikimania ialah acara terbesar gerakan Wikimedia. Sekiranya anda berminat untuk menjadi tuan rumah Wikimania 2027, kami teringin mendengar daripada anda - anda boleh menyatakan hasrat di wiki, dengan berbincang sesama kami, atau melalui e-mel di wikimaniawikimedia.org