2023:Dasar fotografi

From Wikimania
This page is a translated version of the page 2023:Photography policy and the translation is 100% complete.


Mendokumenkan Wikimania ialah sebuah kegiatan penting, dan Wikimediawan mempunyai keinginan semula jadi untuk mendokumenkan dunia sekeliling mereka. Namun, bila kita bertemu sebagai kenalan, adalah penting juga untuk kita mengenal pasti privasi yang diperlukan oleh para Wikimediawan yang lain.

Kepada siapa dasar ini terpakai:

Dasar di bawah terpakai untuk peserta yang hadir secara fizikal di Wikimania.

Bagi peserta maya, sila elakkan mengambil atau menyiarkan tangkap layar tanpa restu peserta secara lisan.

Dasar gambar secara rumusannya:

“Saya memahami bahawa peserta Wikimania mempunyai keutamaan berbeza bila melibatkan gambar. Jika sata tidak mahu gambar saya ditangkap pada gambar atau video, saya akan meminta lanyard “tidak boleh bergambar” khas semasa pendaftaran. Jika saya memakai lanyard “gambar dibenarkan”, saya faham bahawa gambar saya di Wikimania akan dipaparkan secara dalam talian.

Jika saya mengambil gambar atau video di Wikimania, saya perlu mengelak daripada menangkap gambar sesiapa yang memakai lanyard “tidak boleh bergambar” dalam gambar saya, dan jika orang tersebut muncul dalam jarak jauh, saya perlu mengkaburkan mereka. Saya juga faham menjadi amalan terbaik untuk mengelak mengambil gambar di tempat yang secara amnya tidak mahu diambiil gambar, dan untuk memohon restu secara lisan daripada sesiapa yang dikenal pasti dalam gambar saya sebelum saya menyiarkannya dalam talian.”

Lanyard

Gambar lanyard sedia ada
Boleh bergambar


Gambar lanyard tidak boleh bergambar
Tidak boleh bergambar

Apa maksud ini secara amalannya

  • Jika seseorang memakai lanyard “tidak boleh bergambar”, mereka tidak mahu muncul dalam sebarang gambar atau video. Perlu diambil perhatian, mengambil gambar seseorang yang memakai lanyard ini tanpa pengetahuan mereka adalah melanggar dasar ruang mesra yang diwujudkan dalam acara ini.
    • Sesetengah sesi persidangan akan ditanda sebagai “tidak boleh bergambar” bagi program No photography, dan akan diumumkan pada permulaan sesi.
  • Gambar khalayak. Jika seseorang memakai lanyar “tidak boleh bergambar” muncul dalam sesebuah gambar khalayak (seperti gambar di kawasan legar atau orang dari jauh) jurugambar perlu mengkaburkan gambar orang tersebut pada serahan akhir gambar tersebut.
  • Bergambar dengan berwaspada. Sila berhati-hati semasa mengambil gambar bagi mereka yang memakai lanyard “boleh bergambar” dalam keadaan yang orang kurang gemar diambil gambar. Ini termasuklah ketika makan atau minum, atau sedang mempunyai perbualan tertutup.
  • Restu atau keizinan. Menjadi amalan terbaik untuk meminta restu atau keizinan seseorang yang dikenal pasti dalam gambar anda sebelum dimuat naik dalam talian.

Bagaimana untuk mendapatkan restu

  1. Konteks. Seseorang secara jelas menunjukkan mereka sudi untuk diambil gambar. Sebagai contoh:
    1. Seseorang berdiri untuk gambar kumpulan dianggap secara jelas menunjukkan mereka sudi menjadi sebahagian dariapada gambar dan untuk membolehkan gambar dikongsi kepada awam dengan lesen bebas.
    2. Seseorang yang bercakap secara awam di pentas dianggap secara jelas menunjukkan mereka menerima gambar atau video mereka dibuat dan dikongsikan dalam Wikimedia Commons. [Kecuali jika mereka memakai lanyard tidak boleh bergambar.]
  2. Memohon. Untuk gambar kandid perseorangan atau kumpulan, menjadi amalan terbaik untuk memohon keizinan atau restu daripada sesiapa yang dikenal pasti dalam gambar sebelum dimuat naik di Commons atau platform lain. Permohonan lisan sudah memadai – anda tidak perlukan borang keizinan bertandatangan. Adalah berguna untuk anda mempastikan tempat atau platform yang dimaksudkan untuk disiarkan semasa memperoleh keizinan.
Menjadi tanggungjawab jurugambar dan juruvideo untuk mengikuti amalan ini. Jurugambar dan juruvideo yang ditugaskan oleh Yayasan Wikimedia akan mematuhi syarat yang sama.