2023:Perjalanan

From Wikimania
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page 2023:Travel and the translation is 99% complete.



16–19 Ogos 2023, Singapura dan Dalam Talian


Tempat acara

Acara akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura Suntec di pusat bandar raya Singapura. Ia termasuk prapersidangan dan persidangan utama.
1° 17′ 36.96″ N, 103° 51′ 18″ E.

Our closing party will take place at Gardens by the Bay.

Tempat acara untuk pascapersidangan akan diumumkan akan datang!

Masuk ke Singapura

Sila lihat bahagian e-Visa untuk maklumat lanjut tentang syarat masuk ke Singapura.

Ubat Peribadi

Sila guna perkhidmatan dalam talian untuk memeriksa status sebarang ubat yang mungkin perlu dibawa. Beberapa ubat mungkin perlu anda memohon prakelulusan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum ketibaan, yang lain boleh dilarang. lihat: Alat semak ubat

Periksa setiap ubat mengikut nama sebatian/umum. Contohnya, Paracetamol berbanding nama runcitnya Panadol/Panamax, anda mungkin ditanya untuk ukuran atau kapsul 500mg untuk contoh ini. Apabila anda melalui setiap ubat, laman tersebut menjejak carian dan mengeluarkan PDF yang anda boleh simpan yang mennyenaraikan setiap dengannya yang diluluskan sebelum dan bagi yang memerlukan kelulusan.

Ubat yang memerlukan kelulusan khusus

Jika anda ada ubat yang memerlukan kelulusan khusus, anda pergi ke laman ini https://www.hsa.gov.sg/personal-medication/apply-approval di sini dan isi beberapa borang yang memerlukan butiran perjalanan anda. Ia menanyakan nombor pasport, butiran ketibaan dan tempoh singgah. Ia akan menjana PDF permohonan dan anda perlu memberi gambar sama ada skrip daripada doktor anda atau label ahli farmasi yang menunjukkan dos dan nama anda.

Laman tersebut menanyakan anda membenarkan 10 hari balasan. Sila buat ini sekitar 14-21 hari sebelum berlepas untuk membenarkan pemprosesan, permohonan saya mengambil masa 3 hari. Jika ditolak, bincang dengan doktor anda dan lihat jika ada pilihan lain yang mereka akan terima.

Apabila diluluskan, anda akan menerima e-mel yang anda mesti keluarkan apabila melalui Kastam di Singapura.

Tentang Singapura

Wikilayar mempunyai panduan perjalanaan yang terperinci tentang Singapura. Untuk memahami mendalam tentang negara ini, anda boleh rujuk rencana ini di Wikipedia.

Fakta ringkas tentang Singapura
Demonim Orang Singapura
Zon waktu UTC+8

Tukar 9 pagi Singapura ke zon waktu anda

Matahari terbit / terbenam 07:00 / 19:15 (semasa persidangan)
Bahasa rasmi
Agama utama
Mata wang Dolar Singapura (SGD / $)

AS$ 1.00 = SGD$ 1.35

setakat 12 Mac 2023 (periksa kadar pertukaran terkini)

Iklim
  • Iklim hutan hujan tropika sepanjang tahun
  • Purata hujan: 146.9 mm/bulan
  • Kelembapan Relatif: 80.7%
  • Purata Tinggi: 31.6 °C
  • Purata Min: 28.1 °C
  • Purata Rendah: 25.3 °C
Jenis palam Jenis G (British)

Utama: 230 V / 50 Hz

Haluan memandu Memandu di sebelah kiri
Kod negara +65
Lapangan terbang
Jumlah penduduk 5,637,000 (anggaran 2022)

Kepadatan: 7,804/km2 (2022)

Jumlah luas tanah 733.1 km2
E-panggilan / tumpang kereta Gojek, Grab, Ryde, Tada, Zig
Mudah alih / internet utama
  • Singtel
  • Starhub
  • M1
  • Simba (dahulu TPG)
Nombor dail kecemasan
  • 995 (ambulans & kecemasan kebakaran)
  • 999 (kecemasan polis)
  • 1777 (ambulans bukan kecemasan)
  • 71999 (SMS kecemasan polis)