Jump to content

2024:Pendaftaran

From Wikimania
This page is a translated version of the page 2024:Registration and the translation is 100% complete.

Pendaftaran Wikimania 2024 dibuka!

Peserta bersemuka: sila daftar sehingga 26 Julai, 11:59 p.m., UTC. Peserta maya boleh mendaftar pada bila-bila masa.

Pendaftaran berlangsung di Eventyay.
(dasar keperibadian pendaftaran)

Sekiranya anda menerima biasiswa daripada Yayasan Wikimedia, anda akan menerima e-mel dengan kod pendaftaran dan arahan.

Wikimania 2024 dianjurkan sebagai pertemuan hibrid—anda boleh menghadirinya secara bersemuka atau maya.

Yuran pendaftaran secara peribadi ialah USD 100. Ia disubsidi oleh Yayasan Wikimedia dan meliputi makan tengah hari serta snek pagi dan petang pada setiap hari acara (7-10 Ogos), makan malam pada 7 dan 10 Ogos, pesta pembukaan pada 7 Ogos dan pesta penutup pada 10 Ogos, dan sagu hati acara. Yuran pendaftaran untuk penerima biasiswa akan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan.

Kos acara maya akan ditampung sepenuhnya oleh Yayasan—kehadiran maya akan tetap percuma.

Sekiranya anda mahu, anda boleh menambah diri anda pada senarai peserta di wiki.