2022: Atur cara
Lihat aturcara penuh.'
Berikut merupakan maklumat mengenai program umum, pendekatan bahasa dan proses pemilihan.
Tema, kriteria sesi dan penilaian sesi
Untuk menggalakkan ketelusan tentang cara jawatankuasa semakan membuat keputusan pengaturcaraan, kami kini menerbitkan kriteria yang kami gunakan untuk menilai cadangan program. Tahun ini, seperti yang dinyatakan dalam panggilan untuk cadangan, kami ingin memberi tumpuan untuk menjadikan program serantau, menyeronokkan dan mengalu-alukan pendatang baharu. Kami mengutamakan sesi yang memberi respons terbaik kepada kriteria tersebut, sambil turut berhati-hati untuk cuba memasukkan sesi mengenai pelbagai topik.
Dengan mengingati matlamat teras kami, kami menggunakan kriteria khusus ini untuk menilai cadangan:
- Sejauh manakah cadangan tersebut menjelaskan hasil yang sepatutnya dapat dicapai oleh peserta daripada sesi tersebut?
- Sejauh manakah cadangan, perkara yang dibincangkan, dan/atau pembentang menggabungkan kepelbagaian dalam jantina, lokasi geografi, komuniti yang kurang diwakili, dsb.?
- Sejauh manakah cadangan itu menawarkan sesuatu yang menyeronokkan, berguna, inovatif atau penting kepada acara tersebut?
Kami mempunyai lima kumpulan penyemak yang mengandungi 3-4 orang penyemak setiap satu. Penyemak telah dibentangkan dengan senarai sesi untuk disemak tanpa nama penceramah atau maklumat disertakan. Penyemak menilai setiap cadangan menggunakan skala 1-5, dengan 1 sebagai mata terendah dan 5 sebagai mata tertinggi. Secara keseluruhan, kebanyakkan cadangan menerima markah yang sangat tinggi, dan kami akan memilih 20 teratas bagi setiap kumpulan. Ini bermakna, beberapa cadangan yang menerima markah tertinggi tidak akan membuat pemotongon kerana perbezaaan mata yang sangat kecil. Keseluruhannya,kami bekerja keras untuk menerima lebi daripada separuh untuk semua penyertaan.
Kami mengakui bahawa sesetengah orang mungkin berasa kecewa dengan cara kami menganjurkan sesi dan program tahun ini. Walau bagaimanapun, kami ingin menggariskan perkara yang menjadikan COT tahun ini mengambil keputusan tersebut. Kami belajar daripada tahun lepas bahawa bilangan trek yang membawa kepada sesi di mana sedikit orang menyertai dan menontok mereka, yang menyebabkan kekecewaan penyampai. Kami juga belajar bahawa setiap orang memerlukan lebih banyak masa reaht. Kami terpaksa bekerja, yang menbuang masa dari program ini. Tahun ini, kami bereksperimen dengan format hibrid, di mana beberapa sesi mengambil tempat secara peribadi melalui pelbagai bahagian di dunia ini. Kami ingin memberika ruang untuk eksperimen ini, walaupun mereka tidak semestinya bersaing dengan program atas talian.
Rancang sesi anda jika ia bukan sebahagian daripada atur cara utama
Pheedloop (platform yang kami gunakan untuk Wikimania tahun ini) membenarkan sesiapa sahaja untuk mengatur ruang rangkaian sosial sendiri (sehingga 25 orang). Ruang ini tidak akan mempunyai tafsiran serentak atau menerima sokongan kakitangan. Ruang ini akan bekerja seperti ruang pengaturan-sendiri. Kami menggalakkan orang yang bukansebahagian daripada program utama untuk menggunakan ruang ini, menjadualkan ceramah, pertemuan dan perbincangan. Kami juga mempunyai Kategori commons untuk menempatkan kandungan atas permintaan para hadirin untuk mengadakan penstriman langsung Wikimania pada masa lapang mereka. Kami menggalakkan anda untuk menghantar kandungan di sini.
Reka bentuk atur cara
Untuk program festival ini, kami menjangkakan untuk menggabungkan siaran langsung dan kandungan atas permintaan, dihoskan di 'khemah' atas talian yag berbeza sama seperti festival secara peribadi.
- Khemah 1: Ruang di mana ucaptama, nota akhir, hiburan, bertemu dan memberi salam, dan kandungan utama program akan disampaikan. Kami akan mengadakan segmenserantau secara bergilir di sini untuk menonjolkan pelbagai projek, individu dan ahli gabungan mengikut wilayah.
- Khemah 2: trek pengaturcaraan dengan sesi daripada organisasi gerakan Wikimedia (bab, kumpulan pengguna, organisasi tematik, om kumpulan pergerakan lain yang diiktiraf). Penyerahan kepada khemahh ini terbuka kepada semua ahli gabungan di dalam komuniti Wikimedia.
- Khemah 3: trek pengaturcaraan dengan sesi perseorangan Wikimedia atau kolektif individu. Penyerahan kepada khemah ini adalah terbuka kepada semua orang - serahkan untuk membentang secara individu atau pembentangan secara berkumpulan.
- Hackathon: seperti yang biasa dilakukan - namun dengan sentuhan baharu - hackathon akan mempunyai khemah tersendiri sepanjang festival Wikimedia untuk kerjasama berterusan dan kerjasama.
- Khemah Rangkaia: Wikimania akan mempunyai beberapa ruang maya di mana para hadirin boleh bersosial antara satu sama lain dan bertemu dengan pengguna Wikimedia lain dari seluruh dunia dan bergabung untuk bekerjasama dalam projek baharu atau yang telah ditubuhka. Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi.
Kesemua konten akan diterima sejurus Wikimania 2022 berakhir, seperti yang dilakukan pada tahun sebelumnya.
Jadual atur cara
Pengaturcaraan maya untuk Wikimania 2022 akan memenuhi keperluan peserta merentasi semua zon waktu. Pendekatan ini adalah untuk mengoptimumkan zon yang menjadi tumpuan pada hari tersebut, sambil turut menyediakan masa yang berfungsi di zon yang berbeza. Kami ingin merancang dengan mengambil kira seluruh global, membina jadual yang menjangkau banyak jam yang akan membolehkan setiap rantau berhubung dengan rantau lain.
Kepelbagaian bahasa di dalam atur cara
Pada masa lalu, program Wikimania hanya memenuhi keperluan bagi penonton berbahasa Inggeris sahaja. Walau bagaimanapun,kami mahukan festival ini mengalu-alukan peserta dari pelbagai bahasa agar mereka berasa selesa. Kebolehcapaian bahasa pada festival ini akan berfungsi seperti berikut:
- Untuk semua sesi (penstriman langsung atau prarakam) akan dsampaikan dalam bahasa Inggeris, Yayasan Wikimedia akan menyediakan tafsiran langsung dalam bahasa Arab, Cina, Perancis, Rusia dan Sepanyol untuk membolehkan khalayak ramai menyertai dan mengambil bahagian secara bebas. Kami akan mengongsikan lebh banyak acara yang hampir sama.
- Untuk semua sesi (penstriman langsung dan prarakam) yang disampaikan dalam bahasa Arab, Cina, Perancis, Rusia, Sepanyol, Yayasan Wikimedia akan menyediakan tafsiran langsung kepada bahasa Inggeris.
- Untuk penambahan bagi bahasa ini, terdapat 1-2 penambahan bahasa yang disokong yang akan diputarkan setiap hari. Sesi yang disampaikan dalam bahasa Inggeris akan menerima tafsiran ke dalam 1-2 bahasa berputar untuk hari itu, dan sesi yang disampaikan dalam putaran bahasa akan menerima tafsiran dalam bahasa Inggeris pada hari itu. Lebih banyak maklumat akan datang berkaitan sokongan putaran bahsa, termasukah bahasa yang akan ditawarkan.
- 'Penceramah boleh menyampaikan sesi dalam apa-apa bahsa, tetapi kami tidak dapat menawarkan tafsiran sokongan pada masa itu.
Kami mengenalpasti bahawa kami tidak dapat menampung setiap orang dan komuniti, tetapi kami telah mempelajari daripada proses Strategi Pergerakan tentang betapa pentingnya multibahasa dan kami mahu terus meningkatkan pendekatan bahasa kami.Terima kasih kepada semua yang memberikan maklum balas mereka dalam tinjauan komuniti.
Dapatkan bantuan
Membaca semua maklumat ini sudah semestinya meninggalkan soalan pada diri anda. Kami akan menghos waktu pejabat untuk memberikan jawapan kepada soalan anda. Maklumat lanjut tentang bila dan bagaimana untuk melibatkan diri dengan kami akan diberikan minggu hadapn.
Pada masa ini, anda boleh meninggalkan soalan anda untuk Pasukan Penganjurr Teras pada halaman perbuncangan ini atau melalui emel wikimaniawikimedia.org.