2022: Pendaftaran

From Wikimania
This page is a translated version of the page 2022:Registration and the translation is 100% complete.

Mengenai Wikimania 2022

Wikimania merupakan persidangan tahunan Pergerakan Wikimedia meraikan semua projek pengetahuan percuma dan terbuka yang dimungkinkan oleh komuniti sukarelawan. Dari 11-14 Ogos, Wikimania tahun ini akan membawa para pengguna Wikimedia untuk mencipta, meraikan dan berhubung bersama secara maya dan dengan komponen bersemuka. Acara selama empat hari tersebut terdiri daripada perhimpunan, perbincangan, pertemuan, latihan dan bengkel, untuk membincangkan isu, melaporkan projek dan pendekatan baharu, serta bertukar-tukar idea.

Tema Wikimania maya tahun ini ialah "Edisi Festival". Kami akan berkumpul untuk menonjolkan projek-projek dan kumpulan pergerakan serta meraikan kepelbagaian komuniti kami yang luas. Wikimania: Edisi Festival! boleh disimpulkan dalam tiga perkataan: ia akan menjadi seronok, hidup dan bertenaga; ia akan bersifat serantau, menyinari komuniti di seluruh pergerakan melalui kemeriahan; dan mengalu-alukan pendatang baru, mencipta ruang selamat buat hadirin kali pertama yang akan bersinar dan memberi ilham.

Daftarkan diri!

Pendaftaran untuk Wikimedia maya akan berlangsung sehingga akhir acara Wikimania pada 14 Ogos 2022. Acara-acara tempatan secara bersemuka mungkin mempunyai proses pendaftaran mereka sendiri.

Kami sedang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan untuk membawakan Wikimania 2022 kepada anda. Sila baca kenyataan privasi Wikimania 2022 untuk maklumat lanjut.




Map
Wikimania 2022 In-person events